Wednesday, November 14, 2018

Puisi terakhir

Langkah terhenti disini
Gerak kilat tiada kedengaran
Menjelang mencari nikmat tuhan
Hinggap dalam setiap amalan
&&!--++%#$^''><&&][
Segala nisbah ditolak tepi
Kiri dan kanan mencari ganti
Siapakah dilembayungan mimpi
Salam terakhir mencari erti
Simpan diakhir nanti
Siapakah kan melindungi
Bumi malaysia ini
Tirai hijab terhijab semula
Berlindung dalam nikmat
Tersembunyi hakikat
Mengenal Allah hilangkan diri
Siapakah dalam diri ini
Kau aku tiada lagi
Tuan ker tuhan menyimpan didalam diri
Siapakah kan menusuk simpanan diri
Mencari maksud yang tidak bererti
Siapakah diriku ini

Thursday, November 1, 2018

Astana astakona

Melompat
Angin kebusukan mengeluarkan diri
Mencari makna illahi
Dimana erti hidup ini
Kenali diri mencari erti
Melompat di gedung ilmu
Wahyu illahi merasuki diri
Gambaran terpancar disudut cerebrum
Diangkat semula reality menjelma
Apakah takdir ini menerjah samudera
Siapakah yang akan memayungi semula
Insan teratur mencari khalifah
Insan mengenal diri insan
Mengenal khalifah dibumi Allah
Mencari maksud wahyu Allah
Insan mengerti tersirat yang tersembunyi
Larangan terhindar dalam diri ini

Geng salam

Salamun alaik
Salaman alaika
Sejahtera keatas kamu
Sejahtera kepada semua
Dimana mencari sejahtera
Dimana mencari ketenangan
Dimana kehidupan
Keindahan kesejahteraan

Tuesday, October 23, 2018

Cita cita yang dah dilupakan

Mencari sinar gerak hati
Gerak gelap dilupakan
Menanti sinar terang
Menghiasi diri
Mengawal maksud kehidupan
Yang diredhai illahi

Monday, October 22, 2018

Jihad

Bismillah rahman rahim
Jihad disemarakkan
Mencari erti kebenaran
Mengenal ilmu pemberian Allah
Menimba yang haq menghindar yang batil
Mengajar diri mengikut ajaran illahi
Dimana kita letakkan jihad
Mencari maksud memerdekakan diri dari segala kerosakkan

Jika tak mampu hadapilah kematian
Kerana itu terhindar dari bencana yang dasyat
kerna azabNYA keras dan halus

Guru internet dan guru insan

Mencari ilmu
Dimana mana
Mengenal erti kehidupan manusia
Disekolahkan di alam ciptaan ALLAH
Mengenal dunia mensyukuri nikmatnya
Tiada alasan dimana tidak belajar.
Apakah ini cuma keindahan dunia
Tapi biarlah mencapai akhlak yang baik
Seperti mana rasulullah

Akhirnya biarlah kita dididik Allah

Friday, October 19, 2018

Nazar yang ditinggalkan tuhan

Nazar terhenti
Mencari erti
Tewas dalam perjuangan diri
Mencari nikmat illahi
Aku disini berkelana
Di dunia ujian mu tuhan
Mencari maksud wujudku disini
Mengertilah aku
Kau yang hakiki
Mendewasakan ku
Melalui pengalaman ini

Wednesday, October 17, 2018

Salam sejahtera islam

Sejahtera islam dalam salam
Tak perlu dikejar tapi ia kan hadir
Menghiasi dunia islam
Mengenal peraturan tuhan
Meniti aturanNya
Langkah bismillah
Langkah redhoNya
Walau perit ujianNya
Hadapi ia dengan alhamdulillah
Basmalah indah jadi aturan
Basmalah untuk kesihatan dan kesejahteraan
Kalam mencari makna figuratif
Kalam indah bermakna untuk semua

Akulah boneka

Boneka
Akulah boneka
Bergerak ikut gerak
Mencari maksud
Wujudku disini
Mencari sinar bahagia
Yang kekal disana

Tuesday, October 16, 2018

Nazar tertunda

Niatku mencari ilmu
Jumpa masalah dalam diri
Menerjah masa
Merungkai fitnah
Nazar baru ku cuba
Khasiatnya terasa
Agar aku terus di jalan redhoMu
Menunaikan nazar yang tertunda

Monday, October 15, 2018

Meniti arus

Masa yang dilalui
Diri menjadi hina
Doa taubat berpanjangan
Mencari maksud sebenar
Apakah niat tuhan
Belajar meniti masa
Pelindung diberi sentiasa
Rasa syukur dimana mana
Redho Mu tetap kucari juga

Friday, October 12, 2018

Rembulan tak muncul jua

Menanti sang pemimpin sejati
Tak pasti bila kan muncul disini
Siapa dia yang dicari
Pastilah alquran dan isi
Siapa mencari sinar illahi
Menongkat tabir malam disini
Menerjah kegelapan disini
Tak mungkin aku menempuh ujian ini
Ku tewas dalam benak fikiran
Tak mungkin aku teruskan
Perjuangan sebagai khalifah tuhan
Sedangkan aku dalam kesesatan
Ya Allah ampun ku ini
Ya Allah engkaulah maha mengampuni
Kufurku kepadamu ya illahi
Adakah jalan taubat ku lagi

Pemimpin yang dicari ketika kelam
Malam yang gelita tanpa pancaran rembulan
Dimana letaknya rasa keinsafan
Disitu tempat yang aku harapkan
Adakah jiwa ini bersedia
Adakah hati ini kan turut hiba
Adakah gerak kan mencuba langkah
Mencari taubat yang sejati

Pemimpin yang mengenal erti
Akan kehidupan ini
Ujian dan cobaan
Agar aku terus ditegur tuhan
Ke arah jalan redhomu tuhan

Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan

Friday, September 14, 2018

nama nama

kalam kata nama
dengan nama Allah
aku berlindung dengan Allah
Allah tuhan ku

nama nama indah
deberi maksud oleh Allah
sedang dia pencipta kata kata
manusia menodainya

Thursday, September 13, 2018

Sunday, September 9, 2018

daulat tuanku

manakah daulat
jika rakyat ketinggalan ilmu
pembangunan minda
pembangunan rohani

manakah daulat
jika wang haram disisi Allah dikejari
jika pembunuhan berleluasa bukan kerna kalimah la ila ha il-allah...
jika maksiat berleluasa
jika kapitalisme berleluasa
jika semua disembunyikan sesama sendiri

manakah daulat
jika rakyat dihina ditindas..

daulat hilang seri
agung kah agongku ini
untuk apa semua ini
langkah pemimpin tidak diperhati
akan lemah rakyat ini
tempat dipayungi tiada seri

tempat lahir sebuah puisi
untuk tatapan sesama sendiri
aku menulis kerna  tertindas
namun aku terus menulis
kenapa persoalan menjadi bisu tanpa jawapan
untuk tatapan tuanku dihari kemudian

Tuesday, August 28, 2018

Menyingkap kenangan

Mencari makna kehidupan
Entah apa yang diberi
Nyanyian puisi bergema dihati
Yang dulunya senyap dan sunyi
Indah khayalan dari nyata
Normal bagi ku
Gangguan bermula setelah menghampiri
Kan ini takdir illahi
Aku redho ketentuan illahi
Puas usaha masih tidak berjumpa

Kenangan indah sukar dipadam
Entah mengapa masih disini
Nampaknya tiada langkah yang baru
Allah jua tempat mengadu
Namun seperti tiada perubahan
Ganas menghantui diriku
Akan tetapi aku bertahan
Nantika takdir dari tuhan....

Saturday, August 25, 2018

berlari menuju illahi

berdiam diri mencari makna hidup ini
Engkau lah yang dicari
rasa kehadiaran Kau didalam hidup ini
lantas ku berdoa agar aku sentiasa mengingati Engkau
akan tetapi hidup ini terbiasa dengan kelalaian
ranjau penuh berliku terus ku hadapi
inilah ujianMu

mencari maksud  tujuan ku hidup di dunia ini
Engkau menguji tanpa ku merasakan sepi lagi dihati
noktah ujianmu berakhir bila kalimat terakhir dibibir ini
untuk aku apakah akan terjadi
jendela dunia tertutup disisni
untuglah kalau aku masih ada Engkau dihati

inilah tujuan akhirku
lama sudah mencari
lain yang ditempuhi
aku cuma hiasan disini
hadir Kau didalam diri
insan terpilih panduan ku

Thursday, August 23, 2018

Redha dalam diam

Ramai mengharap rahmat dariNya
Engkau telah ku redhai
Dari awal hingga akhir nanti
Hampir hilang redha di hati ini
Akan tetapi aku akan terus hadapi

Dalam masa yang berbaki
Aku akan berusaha menghindari
Lama juga aku diganggui
Akan suara menghasut diri ini
Mungkin takdirku untuk menyendiri ditemani suara dihati

Dalam diam aku mencari
Inilah nasib ingin mrngubah diri
Allah saja harapan awal dan akhir
Masa untuk hidup tanpa mu disisi

Wednesday, August 22, 2018

Bulan mimpi

Menerjah belantara
Mencerap suasana
Mencari maksud
Dibalik singkap
Bukan mudah
Seperti 123
Menjelang suasana
Terik tengah hari
Lembayung bulan
Tidak kelihatan lagi

Cinta redha

Cermat ku meniti masa lalu
Intan permata diintai dahulu
Nyanyikan syair buat diri sendiri
Tanpa risau siapa menyelinap
Aku redha ketentuan illahi

Ramai bertanya kemana hilangnya aku
Engkau diusik kerna siksaan
Dapatkah kau maafkan aku
Harapan menggunung agar aku kembali sepi
Aku, Kau & Pencipta

Redha yang dirindui
Agar aku kembali menongkat diri
Zaman itu hanya illusi untuk diri

Awan Hira'

Bertapa dalam bilik
Menimba ilmu dari kotak besi
Akal berkelana mencari makna
Seluruh jasad diguna
Dalam igauan lahir satu hidayah
Meneroka alam ujian
Kitab Al Quran jadi panduan
Moga kita dibebaskan dari kemurkaan

Akan kembali menyendiri
Mencari makna kehidupan ini
Aku yang sedang diuji
Langkah ku tak terhenti disini
Inilah panggilan untuk diriku...

Kalam tuhan
Taubat
Doa
Pengharapan
Berserah diri
Aku masih menyendiri

langkah diperbaharui

menjelang azan ...
langkah bermula di subuh hening
saat itu terdetik suatu suara
yang entah dari mana

mencari sinar
sinar biru gemerlapan
tiada lagi di igauan
bukan biru tapi hijau
yang menghijaukan bumi ini

astragfirullah al-Adzim
langkah baru bermula
taubat itu penjuru
yang setiap penjurunya
mempunyai hikmah

sinar kan bermula semula

salam aidil adha