Tuesday, October 23, 2018

Cita cita yang dah dilupakan

Mencari sinar gerak hati
Gerak gelap dilupakan
Menanti sinar terang
Menghiasi diri
Mengawal maksud kehidupan
Yang diredhai illahi

Monday, October 22, 2018

Jihad

Bismillah rahman rahim
Jihad disemarakkan
Mencari erti kebenaran
Mengenal ilmu pemberian Allah
Menimba yang haq menghindar yang batil
Mengajar diri mengikut ajaran illahi
Dimana kita letakkan jihad
Mencari maksud memerdekakan diri dari segala kerosakkan

Jika tak mampu hadapilah kematian
Kerana itu terhindar dari bencana yang dasyat
kerna azabNYA keras dan halus

Guru internet dan guru insan

Mencari ilmu
Dimana mana
Mengenal erti kehidupan manusia
Disekolahkan di alam ciptaan ALLAH
Mengenal dunia mensyukuri nikmatnya
Tiada alasan dimana tidak belajar.
Apakah ini cuma keindahan dunia
Tapi biarlah mencapai akhlak yang baik
Seperti mana rasulullah

Akhirnya biarlah kita dididik Allah

Friday, October 19, 2018

Nazar yang ditinggalkan tuhan

Nazar terhenti
Mencari erti
Tewas dalam perjuangan diri
Mencari nikmat illahi
Aku disini berkelana
Di dunia ujian mu tuhan
Mencari maksud wujudku disini
Mengertilah aku
Kau yang hakiki
Mendewasakan ku
Melalui pengalaman ini

Wednesday, October 17, 2018

Salam sejahtera islam

Sejahtera islam dalam salam
Tak perlu dikejar tapi ia kan hadir
Menghiasi dunia islam
Mengenal peraturan tuhan
Meniti aturanNya
Langkah bismillah
Langkah redhoNya
Walau perit ujianNya
Hadapi ia dengan alhamdulillah
Basmalah indah jadi aturan
Basmalah untuk kesihatan dan kesejahteraan
Kalam mencari makna figuratif
Kalam indah bermakna untuk semua

Akulah boneka

Boneka
Akulah boneka
Bergerak ikut gerak
Mencari maksud
Wujudku disini
Mencari sinar bahagia
Yang kekal disana

Tuesday, October 16, 2018

Nazar tertunda

Niatku mencari ilmu
Jumpa masalah dalam diri
Menerjah masa
Merungkai fitnah
Nazar baru ku cuba
Khasiatnya terasa
Agar aku terus di jalan redhoMu
Menunaikan nazar yang tertunda

Monday, October 15, 2018

Meniti arus

Masa yang dilalui
Diri menjadi hina
Doa taubat berpanjangan
Mencari maksud sebenar
Apakah niat tuhan
Belajar meniti masa
Pelindung diberi sentiasa
Rasa syukur dimana mana
Redho Mu tetap kucari juga

Friday, October 12, 2018

Rembulan tak muncul jua

Menanti sang pemimpin sejati
Tak pasti bila kan muncul disini
Siapa dia yang dicari
Pastilah alquran dan isi
Siapa mencari sinar illahi
Menongkat tabir malam disini
Menerjah kegelapan disini
Tak mungkin aku menempuh ujian ini
Ku tewas dalam benak fikiran
Tak mungkin aku teruskan
Perjuangan sebagai khalifah tuhan
Sedangkan aku dalam kesesatan
Ya Allah ampun ku ini
Ya Allah engkaulah maha mengampuni
Kufurku kepadamu ya illahi
Adakah jalan taubat ku lagi

Pemimpin yang dicari ketika kelam
Malam yang gelita tanpa pancaran rembulan
Dimana letaknya rasa keinsafan
Disitu tempat yang aku harapkan
Adakah jiwa ini bersedia
Adakah hati ini kan turut hiba
Adakah gerak kan mencuba langkah
Mencari taubat yang sejati

Pemimpin yang mengenal erti
Akan kehidupan ini
Ujian dan cobaan
Agar aku terus ditegur tuhan
Ke arah jalan redhomu tuhan

Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan